Robot buat perangai tumpahkan air waktu live siaran, wartawan sempat cover ayat win

Robot buat perangai tumpahkan air waktu live siaran, wartawan sempat cover ayat win

Bagi menangani masalah kekurangan pekerja sekali gus dapat menjimatkan kos buruh, robot penghantar makanan bernama BellaBot kini menjadi pilihan alternatif di kebanyakan restoran tempatan. Meskipun harganya menelan sekitar RM50,000 per unit, namun tidak dinafikan ia sangat bagus dan berguna untuk jangka masa panjang.

Tidak mengapa…Sebenarnya dia robot yang bijak

Melalui laporan Astro Awani minggu lalu, siapa menduga robot waiter berkenaan ‘membuat perangai’ saat muncul dalam sebuah berita siaran langsung. Wartawan wanita yang membuat liputan menjadi tergamam apabila BellBot tiba-tiba sahaja tersengguk-sengguk hingga menumpahkan air. Namun lucunya, dia sempat cover line dengan ayat lucu berbunyi “Sedangkan manusia pun membuat kesilapan, apatah lagi teknologi seperti ini”.

@nazrizz.nasir

Sedangkan manusia membuat kesilapan, inikan pula Robot! #RobotFailure #Robot #RobotMamak #NazrizzTikTok

♬ original sound – Nazrizz Nasir – Nazrizz Nasir

BellaBot telah kembali…Dia tidak lagi melakukan kesilapan…Dia sangat comel (minit 5:29)

Walaupun keadaan kembali tenang, temuramah itu menjadi lucu kerana pekerja kedai mamak pula sibuk membersihkan lantai di belakang. Dalam liputan berita penuhnya berdurasi 8:47 minit, pemberita di studio juga sama-sama terhibur namun masih kekal profesional tanpa menjejaskan kualiti penyampaian maklumat di televisyen. Saat robot itu datang kembali membuat kerjanya, wartawan berkenaan malah memberikan pujian kerana ia tidak lagi melakukan kesilapan.

 

Aku makan selama ni tak pernah rosak…Habislah dia tak dapat bonus

Melalui ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat mesin inovasi berkenaan ditambah pula dengan dialog lucu wartawan tersebut. Ada juga yang berseloroh berkemungkinan si robot gemuruh kali pertama memasuki televisyen.

Robot 'Buat Perangai' Tumpahkan Air Di Berita TV, Wartawan Cover Guna Ayat Win 2

 

Robot 'Buat Perangai' Tumpahkan Air Di Berita TV, Wartawan Cover Guna Ayat Win 4