Rider terkejut, pelanggan Melayu ini sengaja pesan makanan dari kedai Cina tak halal

Rider terkejut, pelanggan Melayu ini sengaja pesan makanan dari kedai Cina tak halal

 

Seorang penghantar makanan terkejut apabila pelanggan yang membeli makanan dari kedai tidak halal memang dah tahu dah itu adalah ‘kedai makanan Cina yang tidak halal’.

Pada awalnya penghantar makanan tersebut mahu mengingatkan pelanggan wanita Melayu itu bahawa kedai makanan tersebut adalah tidak halal.

Ini kerana penghantar makanan itu memikirkan mungkin wanita itu terlepas pandang perkara tersebut atau secara tak sengaja memesan makanan dari kedai tersebut.

Daripada perbualan mereka, wanita tersebut menyatakan memang dia selalu membeli makanan dari kedai tersebut. Wanita tersebut kemudian mempersoalkan kenapa penghantar makanan tersebut bertanya perkara itu kepadanya.

“Kenapa ye?,” soal perempuan itu.

Penghantar makanan tersebut kemudian menyatakan bahawa, makanan tersebut adalah dimasak oleh kedai non halal milik peniaga Cina.

“A..a, tahu,” jawab wanita tersebut dengan selamba.

Tergamam penghantar makanan itu sambil menyatakan bahawa dia cuma mengingatkan sebab tak nak tanggung dosa membiarkan pelanggan Islam makan masakan dari kedai Cina yang non halal.

Wanita itu menjawab: “Okay, tak apa, nanti makanan tu awak gantung dekat penyangkut.”

Netizen di X terkejut dengan tindakan wanita tersebut.

 

 

Yang lain menyatakan bahawa: “Plot twist sungguh ya.” Mereka tidak menyangka wanita itu akan menjawab sebegitu tenang dan mengakui sudah biasa makan makanan dari kedai tersebut.

Kemudian netizen seterusnya menyatakan bahawa, penghantar makanan itu sudah menunaikan tanggungjawabnya. Dan ucapkan syabas kepada penghantar makanan tersebut.