“Restu ibu bapa itu penting, untuk doa yang berterusan” – Ibu Syamsul Yusof

“Restu ibu bapa itu penting, untuk doa yang berterusan” – Ibu Syamsul Yusof

Kemelut yang melanda rumah tangga pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin sememangnya menjadi sorotan media susulan nama anak kepada aktor senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar turut terkait.

Minta tanya sendiri suami

Kali ini, Puteri Sarah telah meminta agar orang ramai bertanyakan sendiri kepada Syamsul Yusof berkenaan kesahihan dakwaan mesej yang mengatakan suaminya telah berkahwin dengan Ira.

Ibu kongsi gambar perkahwinan anak

Disebabkan isu rumah tangga pasangan selebriti itu kembali diperkatakan, ibu kepada Syamsul Yusof telah memuat naik gambar perkahwinan anak lelakinya bersama Puteri Sarah dengan kapsyen mengatakan bahawa perkahwinan pasangan tersebut mendapat restu sepenuhnya dari orang tua.

 

Dapat restu sepenuhnya

Dalam pada itu Datin Fatimah Ismail telah berkongsi gambar sewaktu majlis perkahwinan Puteri Sarah dan Syamsul dengan memberitahu bahawa aktres itu menjadi pilihan hati anaknya dan rumah tangga mereka mendapat restu sepenuhnya dari ahli keluarga.

Susah kalau ibu tak reda

Perkongsian yang dibuat oleh ibu kepada pengarah tersohor itu seperti memberi bayangan berkenaan muat naik yang dibuat oleh Puteri Sarah berhubung  tangkapan layar hantaran mesej yang diterima mengatakan suaminya telah berkahwin dengan Ira Kazar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan Puteri Sarah dan Syamsul dipermudah dan berharap agar hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

 

Semoga Allah beri kesabaran

“Kena guna2 la kot”

Patut Syamsul kena main peranan

Restu keluarga tu paling penting

 

Sumber: Instagram dpatimah012