Kecoh netizen dakwa restoran Darsa Fried Chicken sudah tutup, ini respon wakilnya

Kecoh netizen dakwa restoran Darsa Fried Chicken sudah tutup, ini respon wakilnya

 

Baru-baru ini, restoran ayam goreng muslim iaitu Darsa Fried Chicken menjadi perbualan hangat di media sosial apabila tular gambar restorannya telah tutup.

Gambar yang tular itu memperlihatkan keadaan restoran Darsa Fried Chicken yang berdiri dengan megah itu dalam keadaan kosong malah telah diletakkan beberapa kertas notis yang tidak diketahui kandungannya.

Jadi, ramai beranggapan restoran DFC telah tutup sepenuhnya selepas baru beroperasi pada bulan Mei lalu dan mendakwa penutupan ini sudah dijangka akan berlaku kerana perniagaan  berteraskan sentiman perkauman dan agama tidak akan kekal lama.

Memandangkan hebahan tersebut telah mulai menimbulkan kesangsian ramai, pihak Darsa Fried Chicken langsung memberi respons dalam menjawab status semasa operasi restoran utamanya itu.

Wakilnya memaklumkan bahawa mereka  masih beroperasi seperti biasa dan buka pada pukul 10 pagi. Perihal kertas notis yang dilekatkan pula berkenaan yang perniagaan mereka telah didaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan perlu dipaparkan sebagai rujukan pelanggan yang datang berkunjung.

“Pada bulan lepas, pihak kami telah mengeluarkan memo rasmi bahawa Darsa Fried Chicken kini telah didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

“Notis pendaftaran ini juga telah dipamerkan di pintu masuk restoran sebagai rujukan pelanggan yang berkunjung,” tegasnya.

Tambahnya, gambar tular tersebut telah diambil pada awal pagi sekaligus tampak kosong dan tidak beroperasi pada luaran. Realitinya, mereka sedang menyiapkan bahan-bahan mentah untuk dimasak di dapur sebelum membuka restoran pada waktu yang ditetapkan.

Dalam masa sama, pihak DFC mengalu-alukan kedatangan para pelanggan untuk merasai kelazatan ayam goreng istimewa yang dijualnya.

@dfcbukitberuntungCAWANGAN DARSA FRIED CHICKEN SETERUSNYA YANG BAKAL DIBUKA TIDAK LAMA LAGI! #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #darsafriedchicken

♬ Powerful and epic orchestral jingles(1544026) – ayumu tanahasi

 

Kami juga baru mengetahui bahawa restoran DFC yang kedua bakal dibuka tidak lama lagi menerusi perkongsian hantaran berikutnya.