Reaksi teruja Si Comel nampak kucing jantan bikin ramai terhibur

Reaksi teruja Si Comel nampak kucing jantan bikin ramai terhibur

Bagi sesetengah pemilik kucing, mereka biasanya tidak akan membiarkan kucing mereka berkeliaran di luar rumah atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, kucing yang selalunya jarang dibiarkan keluar rumah ini akan cukup teruja sekiranya melihat tetamu di luar rumah.

Sama macam gelagat seekor kucing ini yang begitu teruja sebaik sahaja melihat kemunculan seekor kucing lain di luar rumah. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi terujanya ini yang seperti jatuh cinta pandang pertama sahaja.

https://vt.tiktok.com/ZSebcLqHf/

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya ini yang mencuit hati netizen baru-baru ini. Turut dapat dilihat, seekor kucing yang bergegas berlari ke pintu apabila melihat kemunculan kucing jantan itu.

Lebih melucukan, dia juga turut kelihatan teruja melihat kucing tersebut dan sanggup memanjat pagar rumahnya itu untuk melihatnya. Malah sekali pandang, ianya kelihatan seperti mereka yang sedang mengintai crush mereka yang lalu di hadapan rumah.

reaksi

Kucing itu juga dilihat terus memandang ke arah kucing jantan tersebut sambil memanjat pagar tersebut. Melihatkan gelagatnya ini, netizen turut berseloroh tidak menyangka kucing juga mempunyai reaksi yang sama seperti manusia.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi teruja kucing tersebut. Malah ada yang berseloroh menggelarkan situasi ini sebagai kisah percintaan di antara dua darjat seperti yang selalu disaksikan di dalam drama.

“Kucing jenis macam ni memang selalu terpikat dengan abang-abang kaki rayau…”

kucing

“Bang bang! Sini kejap bang!”

kucing jantan

“Cinta dua darjat.”

komen

“Pujaan hati datang.”

tik tok