Reaksi member bila kena prank tangan patah, “Gelabah teruk Hahaha”
Biasalah dalam berkawan pasti akan ada saat suka dan duka yang bakal menjadi kenangan satu hari nanti. Usik-mengusik sudah menjadi asam garam kehidupan. Apatah lagi jika memiliki kawan yang sememangnya ‘sekepala’ dalam apa juga aktiviti dilakukan.
Biarpun begitu dalam satu video yang dikongsikan baru-baru ini seorang lelaki buat prank pada rakannya dan reaksi sahabatnya itu telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan dua lelaki mahu bermain gusti lengan di dalam bilik.
Sebelum bermula salah seorang dari mereka membuat rakaman dan memberitahu dia memasukkan pasta ke dalam mulutnya. Datang seorang lagi rakan dan mereka bersiap sedia untuk memulakan acara. Sedang asyik berlawan gusti lengan, tiba-tiba ada bunyi seakan tangan patah.
Mendengarkan bunyi tersebut, rakan lelaki ini terus mengelabah. Apatah lagi bila lelaki tersebut mahu menjerit memanggil ibunya. Berikut adalah rakaman reaksi member bila kena prank tangan patah yang dimuat naik di TikTok dengan nama akaun @aputwisely:
@aputwisely Aku taktau knp dia senyum bila org sakit?? 🤔 Agak2 kalau aku lg teruk, dia gelak kot. Adab yg tak bagus @ilmanzainal & yg last tu sakit bahlol! #fyp
Reaksi member bila kena prank tangan patah ini memang menghiburkan! Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Dulu kalau gado time kecik2 macam ni la nak tutup mulut sibling kalau nangis…”
“Gelabah teruk hahaha”
“Hahaha part panggil ummi tu macam budak2 ngadu kat mak”