Reaksi kucing terjaga mengejut sebab bunyi bising undang ketawa

Reaksi kucing terjaga mengejut sebab bunyi bising undang ketawa

Pemilik kucing biasanya mempunyai satu rutin suka mengambil gambar atau video kucing mereka tidak kisah lah di mana sahaja. Sama macam cubaan pemilik kucing ini yang merakamkan gelagat kucingnya yang sedang lena tidur namun ada sesuatu yang lucu pula berlaku akhirnya.

Bukan sahaja kelihatan melucukan malah ramai yang turut ketawa besar dibuatnya melihat reaksi kucing itu yang terjaga dari tidur gara-gara bunyi bising. Reaksinya itu turut membuatkan pemiliknya terkejut dan berdekah dengan reaksi yang tidak dijangka itu.

https://vt.tiktok.com/ZSeq6rjTa/

Semasa pemiliknya sedang sibuk merakam, kedengaran satu bunyi bising yang menyebabkan kucing itu terjaga. Lebih melucukan, reaksinya yang terkejut sehingga terus terjaga dari tidur itu turut membuatkan dia berdekah melihatnya.

reaksi kucing

Malah kucing itu turut kelihatan terpinga-pinga dan tidak jadi untuk menyambung tidurnya itu. Gadis itu turut berdekah sambil meminta maaf pada kucingnya itu gara-gara telah mengganggu kucing itu tidur seperti biasa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi terkejut kucing ini. Malah ada yang berseloroh kucing itu juga terus kelihatan segar dan tidak lagi mengantuk selepas mendengar bunyi bising itu.

“Dengan saya sekali terkejut. Lemah jantung.”

kucing

“Terkejut member baru nak lelap.”

tidur

“Baru nak mimpi dah tak jadi.”

komen

“Terus hilang ngantuk dia hahaha.”

tik tok