Reaksi kucing lepas pecahkan pasu bikin terhibur, “Habis la kau…”

Kalau bercakap tentang kucing, tentu ada saja perangai nakal mereka yang pernah mencetuskan huru hara di rumah. Sama macam telatah seekor kucing ini yang telah memecahkan pasu di rumahnya sehingga habis hancur berderai dibuatnya.
Namun apa yang menarik perhatian ialah reaksinya yang kelihatan tidak bersalah malah hanya memandang sahaja pemiliknya membersihkan pasu itu. Reaksinya ini turut membuatkan rata-rata netizen berdekah melihat kecomelannya ini.
@markic0bs auto acting purapura bego.
Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu difahamkan telah memecahkan sebuah pasu bunga di dalam rumah. Malah turut dapat dilihat, pasu itu yang hancur berkecai di lantai dan sedang dibersihkan oleh pemiliknya itu.
Dalam masa yang sama, kucing itu turut memerhatikan pemiliknya membersihkan kekacauan yang dilakukannya itu. Lebih mencuit hati, kucing itu hanya duduk diam sahaja dengan muka tidak bersalah melihat pasu yang telah hancur itu.
Ada juga yang menganggap mungkin juga kucing itu berpura-pura masalah itu bukanlah berpunca darinya. Pemiliknya itu kemudian menyapu serpihan pasu yang telah pecah dikerjakan oleh kucing berwarna putih itu.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi selamba dari kucing ini. Ada juga yang berseloroh kucing itu seolah-olah berlakon menjadi patung dan hanya duduk diam di situ kerana bimbang dimarahi pemiliknya.
“Habis la kau tidur luar rumah.”
“Pura-pura tak tahu lahhh.”
“Mukanya tak bersalah…”
“Cosplay jadi patung.”