Reaksi ibu menangis terima telefon baru buat ramai tersentuh

Reaksi ibu menangis terima telefon baru buat ramai tersentuh

Mereka yang tinggal bersama ibu bapa pastinya golongan yang sangat beruntung lagi-lagi dalam situasi seperti sekarang ini. Ini lah masanya untuk anak membalas jasa ibu bapa seperti yang dikongsikan gadis ini baru-baru ini.

Gadis tersebut telah memberikan kejutan telefon baru untuk ibunya namun reaksi si ibu telah membuatkan ramai tersentuh. Ianya juga turut membuatkan netizen sebak dan terharu melihat reaksi tidak disangka daripada ibu ini.

@cabwina

told her that i bought her a new phone case but i bought her a new phone instead. watch till the end to see her precious reaction 🥺❤️

♬ original sound – Cabwina – Cabwina

Seperti yang dapat disaksikan di dalam video ini, gadis tersebut pada awalnya memberikan casing telefon baru untuk ibunya. Namun, casing tersebut tidak muat untuk digunakan telefon ibunya itu kerana model telefon yang berbeza.

Dia kemudian mengambil beg yang berisi telefon baru itu dan memberikannya pada si ibu. Walaupun pada mulanya, si ibu tidak faham dengan apa yang berlaku namun selepas itu barulah dia sedar telefon itu adalah untuknya.

Sebaik saja menerima kejutan itu, si ibu terus menangis terharu dan beberapa kali mengucapkan terima kasih pada anaknya. Reaksi si ibu turut membuatkan netizen tersentuh hati dan teringat kepada ibu mereka di kampung.

“Ini kalau ada lagu, habis sekali aku banjir ni.”

reaksi

“Serious aku tak boleh tengok orang tua nangis.”

telefon

“Reaksi dia buat teringat dekat arwah mak…”

komen

“Waktu macam ni habuk nak masuk mata…”

tik tok