Rantau Panjang makin ‘sunyi’, tak semeriah dulu, harga barang pun tak murah

Rantau Panjang makin ‘sunyi’, tak semeriah dulu, harga barang pun tak murah

 

Rantau Panjang, Kelantan merupakan kawasan sempadan Thailand yang terkenal sebagai syurga untuk membeli-belah dan merupakan antara tarikan pelancong.

Pun begitu, tempat yang dahulunya meriah dan dipenuhi pengunjung dikatakan semakin sunyi dan tidak sibuk seperti dahulu.

Perkongsian oleh pengguna TikTok @elynaadliviral memaparkan deretan kedai-kedai di kawasan kelihatan sangat sunyi dan banyak premis yang tidak beroperasi.

Di Rantau Panjang, pengunjung boleh membeli barangan seperti peralatan dapur, jersi, kasut sukan, pakaian berjenama, barangan kanak-kanak dan sebagainya.

Namun, dalam video berkenaan kelihatan kawasan tumpuan pelancong itu begitu suram, menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendakwa barang di situ tidak murah seperti dahulu.

Malah, ada juga yang mengatakan barangan di situ sudah sama harga seperti di Kuala Lumpur meskipun ia sepatutnya zon bebas cukai.

Cats 27

Pun begitu, ramai juga netizen yang mengakui, kini orang ramai lebih suka untuk membeli barangan sebegitu secara atas talian kerana harga yang jauh lebih murah.

Cats 28

Korang ada pengalaman pergi ke Rantau Panjang?