Ramai tertanya-tanya kenapa China tak pernah kalah dalam Olimpik, akhirnya atlet terjun kongsi rahsia
Ramai yang meminati sukan terjun sejak melihat atlet China, Quan Hongchan yang memenangi pingat emas dalam Olimpik Paris 2024.
Aksinya yang menerjun secara bersahaja membuatkan percikan air tidak kelihatan hingga dirinya dikatakan fenomena dalam dunia penerjunan.
Namun bagi Wendy Ng, bekas penerjun negara itu juga memiliki jawapan yang seakan-akan mampu untuk menjawab bagaimana negara China kerap memiliki atlet yang berbakat.
Menerusi Tiktok Hot FM, bekas penerjun negara itu ditanya mengapa ramai penerjun China memiliki bakat yang luar biasa tidak seperti negara lain.
“I rasa sebab the way of training. Diorang(atlet) tiada masa untuk diri sendiri, training(latihan) je”.
Wendy turut menyatakan atlet China tiada masa untuk diri sendiri dan untuk keluarga tidak seperti atlet di Malaysia.
“Kita(atlet Malaysia) kalau stress boleh pergi restoran, jumpa kawan, jumpa family”.
Wendy Ng atau Ng Yan Yee merupakan bekas atlet terjun negara yang telah memenangi tujuh pingat emas dalam Southeast Asian Games selama beberapa tahun.