Ramai tak tahu sebenarnya Lee Zii Jia bukan atlet tersenarai untuk Road to Gold bawah KBS, patutlah kena palau

Ramai tak tahu sebenarnya Lee Zii Jia bukan atlet tersenarai untuk Road to Gold bawah KBS, patutlah kena palau

 

Ramai yang tidak mengetahui atlet badminton Lee Zii Jia bukanlah atlet yang disenaraikan di bawah program Road To Gold dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Road to Gold adalah program untuk membantu atlet yang tersenarai ke Olimpik Paris 2024 dengan pelbagai inisiatif disediakan oleh kerajaan untuk menggapai misi emas pertama Olimpik.

Namun, atlet badminton itu adalah satu-satunya atlet yang menolak untuk menjadi atlet dibawah Road to Gold disebabkan alasan yang tidak dinyatakan.

Antara atlet yang tersenarai dibawah Road to Gold adalah:

  • Aaron Chia
  • Soh Wooi Yik
  • Ong Yew Sin
  • Teo Ee Yi
  • Pearly Tan
  • M. Thinaah
  • Tan Kian Meng
  • Lai Pei Jing
  • Goh Soon Huat
  • Shevon Lai
  • Datuk Mohd. Azizulhasni Awang
  • Muhammad Shah Firdaus Sahrom
  • Datuk Pandelela Rinong Pamg
  • Nur Dhabitah Sabri
  • Mohammad Aniq Kasdan

Sebelum ini, Lee Zii Jia mendakwa telah memohon kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM)supaya dapat membawa ahli fisioterapinya dan juga pasangan pelatih ke Olimpik Paris 2024 sebagai persiapan untuk merebut emas pertama untuk negara namun telah dinafikan haknya.