Ramai tak tahu panaskan enjin kereta waktu pagi ada kaitan dengan gearbox

Ramai tak tahu panaskan enjin kereta waktu pagi ada kaitan dengan gearbox

 

Kebanyakkan pemilik kenderaan akan memanaskan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan.

Namun, ramai juga yang mengabaikannya kerana beranggapan ia tidak memberi sebarang kesan terhadap enjin.

Jadi, adakah perlu atau tidak untuk kita memanaskan enjin kenderaan pada waktu pagi?

Berikut merupakan penjelasan yang dibuat oleh seorang pemuda menerusi akaun TikTok Altimat Auto Garage.

“Ada orang kata kalau tak panaskan enjin, tiada masalah pun dekat enjin. Sebenarnya memang tak ada masalah pun.

“Kalau anda panaskan enjin, ia bukan spesifik untuk menjaga enjin pun sebenarnya. Tiada masalah pun dengan enjin anda,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia berkata perbuatan memanaskan enjin sebenarnya berkait rapat dengan ketahanan gearbox sesebuah kenderaan.

“Ia ada kaitan dengan gearbox sebenarnya. Apabila kita panaskan enjin, ia berguna untuk gearbox. Sebab itu digalakkan untuk panaskan enjin.

“Panaskan enjin ini bukan spesifik untuk panaskan enjin, tetapi ia boleh menjaga gearbox supaya gearbox tahan lebih lama,” ujarnya lagi.

Dalam video itu, dia menyarankan agar orang ramai memanaskan enjin terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang gangguan pada gearbox.

“Kalau off enjin, minyak gearbox akan turun ke bawah. Apabila esok paginya nak hidupkan kereta, waktu itu tekanan tinggi sebab enjin tengah sejuk dan minyak gearbox belum naik lagi.

“Apabila minyak gear tengah sejuk dan masih di bawah, kemudian tiba-tiba nak masuk gear dan nak jalan, oil pump akan berfungsi untuk salurkan minyak gearbox itu… Dan pada masa itu, tekanan tinggi dalam gearbox.

“Sebab itulah kalau enjin sejuk, minyak gearbox masih sejuk, dan anda masuk gear terus nak jalan, akan ada sentakan dalam gearbox,” jelasnya.