Ramai sokong, pelanggan terajang lelaki buat ‘prank’ amuk di kedai makan
Membuat review makanan di sesebuah tempat makan baru menggunakan cara ‘prank’ sememangnya sudah biasa kita lihat.
Cara tersebut kadangkala berhasil untuk menarik perhatian netizen namun bukan semua dapat menerima perlakuan seperti itu.
Makan penerajang sekali
Menerusi perkongsian yang tular di TikTok dan Facebook semalam, seorang pelakon yang memang biasa dilihat melakukan ‘prank mengamuk’ di media sosial telah melakukan review dengan cara tersebut di sebuah kedai makan.
Disebabkan tindakannya yang bising serta terjerit-jerit, datang seorang pengunjung memberikan penerajang kepadanya.
@radientali saya selaku restaurant manager streeto pizza cawangan kulim mohon maaf kepada semua cust yg hadir ke streeto pizza kulim dngan berlakunya insiden pergaduhan ptg semalam🙏 #streetopizzakulim #streetopizza
Tindakan tersebut membuatkan pelakon terbabit naik angin dan meminta pengunjung itu melihat sendiri kamera yang sedia maklum ada dinyalakan di hadapan mereka.
Menurut pengunjung lelaki itu, dia dan keluarga berasa terganggu dengan pekikan pelakon terbabit yang melakukan konten ‘prank’ di kawasan tempat makan pelanggan-pelanggan yang lain.
@radientali Replying to @gemini_8405 maaf lambat respond,tngah krja #streetopizzakulim #streetopizza #izuanrazali #kesgaduh
Tuai bermacam komen netizen
Tindakan pengunjung lelaki tersebut telah mendapat komen daripada netizen apabila beberapa page di Facebook seperti Tok Singa berkongsi semula video yang dimuat naik di TikTok itu.
Kalau ada sakit jantung silap2 pingsan
Kebanyakan mereka berpuas hati dengan ‘penerajang’ yang diberikan kerana ramai akui terganggung jika konten-konten kurang cerdik seperti itu digunakan untuk mempromosikan sesebuah kedai.
Kalau jumpa orang yang terkejut kan bahaya
Hormat orang lain tu penting
Gaduh sekejap je
Pergaduhan mulut telah berlangsung beberapa detik di kedai makan terbabit dan berlanjutan di luar sebelum masing-masing meminta maaf. Mereka juga dilihat bersalaman sebelum masuk semula ke dalam kedai tersebut.
Buat konten jugak ke?
Walau bagaimanapun, ramai yang merasakan tindakan pemuda berbaju biru itu juga termasuk di dalam skrip ‘prank ‘tersebut.
Pelakon berkenaan yang juga YouTuber turut berkongsi kejadian itu di saluran YouTubenya dan ada komen mengatakan pelanggan yang menendang pelakon itu juga seorang YouTuber.
Harap yang bagi penerajang tu bukan dalam skrip jugak la
Prank dalam prank ni
Setakat ini belum ada sebarang penjelasan khusus berkenaan video-video yang dikongsikan.
Namun melihat dari apa yang mereka paparkan, jelas sekali ia sudah dirancang dan menjadi sebahagian daripada konten ingin mempromosikan kedai makan tersebut.
Sumber: TikTok radientali, Facebook Tok Singa, YouTube Izuan Razali