Ramai sebak, lelaki cacat tulang belakang minta ‘edit’ bentuk badan sempurna seperti orang normal
Permintaan ringkas lelaki yang mengalami kecacatan pada tulang belakang Muhamad Faiz Mohd Nor 31, cukup membuatkan ramai turut rasa sebak.
Dalam satu perkongsian di Grup Edit Apa Hari Ini? Lelaki kelainan upaya ini ingin meminta gambarnya ‘diubah’ supaya kelihatan mempunyai fizikal sempurna seperti orang normal.
BOLEH TAK EDIT BADAN SAYA SEMPURNA MACAM ORANG NORMAL. TERINGIN SANGAT NAK TENGOK.
Perkongsian gambar asal yang dikongsikan Muhamad Faiz segak berbaju Melayu kuning bersama isteri, Nurul Atirah Hanafi 28 disamping anak-anak tersayang.
Secara umumnya Grup Edit Apa Hari Ini? membantu ahlinya menunaikan permintaan gambar yang perlu ‘diubah’ (edit) kepada gambar yang diinginkan.Seringkali juga gambar yang di ‘edit’ dalam pelbagai gaya berbentuk gurauan.
Namun istimewa dalam permintaan lelaki ini, para ahlinya cukup menghormati, mempunyai sensitiviti kemanusiaan dan ‘sporting’ dalam menunaikan permintaan gambar seperti yang diinginkan.
Berikut antara gambar-gambar yang telah di ‘edit’ kan
Ramai yang memberi komen kata-kata semangat buat lelaki ini, tidak terkecuali penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus.
Semoga diberi kesihatan yang berterusan buat lelaki ini.Mungkin nampak ‘tak sempurna’ di mata manusia, namun pastinya sempurna ciptaannya di mata sang pencipta.