“Ramai rindu Ustaz..” – netizen teruja UEL kembali aktif di Instagram

“Ramai rindu Ustaz..” – netizen teruja UEL kembali aktif di Instagram

Biarpun hanya berkongsi sebuah hantaran video yang berdurasi 10 saat, namun video tersebut telah membuat ramai netizen yang teruja melihat Ebit kembali aktif.

Ramai yang rindu ustaz..

 

 

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan pendakwah bebas kesayangan ramai ini sedang sibuk mengira barangan yang dipercayai dijual dari pasar raya miliknya iaitu Elews Mart.

Komen IG Ebit Lew

Meninjau di ruangan komen video hantaran itu, rata-rata pengikutnya di Instagram meluahkan rasa syukur apabila dapat melihat Ebit Lew kembali aktif di akaun media sosialnya itu.

Sekadar info, sebelum ini kecoh di media sosial apabila video tidak senonoh serta tangkap layar perbualan yang dipercayai Ebit Lew bersama seorang wanita tular.