Rakam video pekerja wanita dalam tandas, doktor gila seks diberkas PDRM

Rakam video pekerja wanita dalam tandas, doktor gila seks diberkas PDRM

Seorang doktor yang bekerja di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya ditahan polis berikutan merakam pekerja wanitanya di dalam tandas.

Doktor rakam video pekerja dalam tandas

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Assisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihak polis menerima satu laporan daripada mangsa pada pukul 2.30 petang yang mendakwa majikannya telah merakam dirinya ketika berada di dalam tandas.

Majikannya yang juga warga tempatan berusia 46 tahun itu telah merakam kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit setelah dia terlihat peranti berkenaan diletakkan di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.

Wanita berusia 30 tahun, mengecam telefon bimbit berkenaan adalah milik doktor lelaki itu bertindak merampas dan mencapai beg tangannya sebelum keluar daripada klinik berkenaan. Namun, dia dihalang oleh lelaki terbabit dan diminta untuk memulangkan semula telefon bimbit berkenaan.

Janji akan padam jika mangsa pulangkan telefon

Sekadar gambar hiasan

Ujarnya lagi, suspek dikatakan telah berjanji kepada mangsa untuk memadamkan rakaman tersebut di hadapannya jika mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit berkenaan.

Berdasarkan risikan maklumat, kira-kira pukul 7.30 malam sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuat tangkapan ke atas suspek di kawasan Petaling Jaya dan merampas telefon bimbit jenis Redmi MI 9T Pro.

Susulan daripada itu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Kosmo