Ragam anak selebriti beraya, “Haha ni baru real comel”

Ragam anak selebriti beraya, “Haha ni baru real comel”

Bila tiba hari raya, sudah pastinya anak-anak kecil yang paling gembira. Dapat pakai persalinan baru, cantik-cantik serta makan kuih raya yang sedap-sedap. Malah apabila menjelangnya hari raya, acara bermain bunga api dan mercun juga antara yang dinanti-nantikan.

Tahun ini kita berhari raya dalam suasana PKP dengan pelbagai peraturan dan SOP telah ditetapkan. Namun raya tetap raya! Di media sosial, meriah dengan perkongsian foto dan video menyambut hari raya biarpun hanya di rumah masing-masing.

Malah ragam anak selebriti beraya juga turut mendapat tumpuan ramai. Berikut antara video dan foto ragam anak selebriti beraya:

Anak Jep Sepahtu, Dariya Inara

Nampak ayu sungguh anak dara Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang seorang ini. Pandai pula bergaya depan kamera!

 

Ini pula antara reaksi ramai mengenai foto anak Jep Sepahtu ini:

ragam anak selebriti beraya 1

Anak Tomok, Siti Khadijah 

Menangis anak kecil ini apabila si ayahnya, Tomok mengusik tidak memberinya pakai baju raya. Nakal ya abahnya pun?

 

Perkongsian ini telah meraih hampir 300 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya seperti berikut:

ragam anak selebriti beraya 2

 

Anak Hairul Azreen, Yusuf Iskandar

Anak sulung dan juga satu-satunya anak lelaki Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bernama Yusuf Iskandar dengan suasana menyambut hari raya. Nampak macam anak ayah betul ni!

 

Seronok tengok Yusuf Iskandar bermain bunga api ya. Rajin juga dia membantu bapanya. Berikut antara reaksi ramai selepas menyaksikan telatah Yusuf dan adiknya Alisa ini:

ragam anak selebriti beraya 3