Puteri Aishah kini sah bergelar isteri Firdaus, tahniah!!!

Puteri Aishah kini sah bergelar isteri Firdaus, tahniah!!!

Pelakon jelita, Puteri Aishah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur sekitar pukul 11.15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Mohd. Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapanya, Sulaiman Abd. Rahman.

Dalam majlis tersebut, pelakon filem Pulang itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan 7 dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

 

Puteri, 27, berkata dia sudah lama menantikan saat untuk bergelar seorang isteri dan berharap ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga akhir hayat.

Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

Tambahnya lagi, dia dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).

Majlis telah diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak. Puteri Aishah dan Firdaus mengenakan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia itu pula bakal diadakan di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.