Pujuk anak jangan belajar jauh-jauh, reaksi sedih ibu buat netizen tersentuh

Pujuk anak jangan belajar jauh-jauh, reaksi sedih ibu buat netizen tersentuh

Setelah tamatnya alam persekolahan, kebanyakan anak-anak akan meminta izin daripada ibu bapa untuk keluar dari rumah bagi merantau atau menyambung pelajaran di menara gading. Ketika itu, perasaan ibu bapa sudah pasti berasa sedikit sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak walaupun ianya seketika.

Di TikTok, viral sebuah video mengenai reaksi seorang ibu apabila anaknya meminta izin untuk menyambung pelajaran jauh sedikit dari rumah iaitu di negeri Johor.

Nak minta restu ibu

@qwahensem

Aihh penat da aku pujuk #fyp

♬ happier – Olivia Rodrigo

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Dannial, sudah beberapa kali dia mencuba nasib untuk memujuk ibunya agar memberi kebenaran buat dirinya sambung belajar di Johor. Namun, ibunya kelihatan sebak dan bertanyakan soal kehidupan harian seandainya anak tersayang berada jauh darinya.

Dia sedih dan pujuk saya

@qwahensem

haih ingatkan dia main main😭 #fyp

♬ original sound – ~I N A D~ – Axl Hunila

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen adalah cara panggilan di antara mereka berdua iaitu ‘saya dan awak’. Difahamkan, Dannial seorang yang sangat manja dengan ibunya. Oleh itu, ibunya berasa berat hati untuk membenarkan anaknya pergi jauh.

Rata-rata netizen kagum melihat kasih sayang di antara Dannial dan ibunya. Bukan itu sahaja, gelagat ibu Dannial yang sporting turut mencuri tumpuan netizen.

Sumber: Dannial