Puaskan nafsu mengidam, netizen persoal status halal makanan influencer
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang influencer membuat reviu makanan di sebuah kedai cendol yang dikatakan terkenal di Pulau Pinang sehingga mencetuskan perbalahan dan kritikan ramai.
Mana tidaknya, ramai yang mendakwa terutamanya penduduk tempatan di Pulau Pinang tidak pernah menjejakkan kaki atau mencuba di gerai cendol terbabit kerana tidak mengetahui sejauh mana status sama ada halal atau tidak.
Pun begitu, baru-baru ini, seorang influencer telah memaklumkan dia ‘mengidam’ untuk menikmati makanan China dan Taiwan daripada sebuah restoran.
@jasminsopeahhhhhhhhh sedapppppnya😂✋🏻
♬ Enjoying food, songs and love at Canzone(814000) – Furo Tesshu
Bukan ke kedai tu kat KLCC dengan NU Sentral je halal?
Malah, influencer tersebut memaklumkan dia menikmati hidangan restoran itu yang terletak di Mid Valley, Johor Bahru namun, rata-rata netizen mempersoalkan status halal restoran terbabit kerana difahamkan, restoran di KLCC dan NU Sentral sahaja yang mempunyai sijil halal.
Bukan itu sahaja, ada netizen yang mendakwa restoran tersebut tidak mempunyai sijil halal daripada JAKIM bahkan, apabila mereka melakukan selidik di ‘Google’ mendapati menu di restoran tersebut mengandungi babi.
Terliur tengok dia makan!
Bagaimanapun, meskipun netizen tidak tahu sejauh mana status halal restoran terbabit, mereka ‘terliur’ selepas melihat makanan yang dijamah oleh influencer tersebut.
Sumber: TikTok @jasminsopeahhhhhhhhh