Proses menyelamat berdepan kesukaran, Haidar kelihatan tapi tak boleh ditarik keluar
Usaha tanpa henti untuk mengeluarkan seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam lubang perigi di Afghanistan kini memasuki hari ketiga.
Menurut maklumat terkini yang dikongsikan oleh Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam, Haidar kini semakin kelihatan dan hanya tinggal setengah meter sahaja lagi untuk mencapai kanak-kanak tersebut.
“Haidar sudah kelihatan dan hanya tinggal setengah meter sahaja lagi untuk di dikeluarkan.
“Dia boleh saja ditarik namun keadaan sekeliling yang berbatu mungkin mencederakannya,” kata beliau.
Oleh itu, Abdullah berkata, pihak gabenor tidak membenarkan Haidar ditarik keluar dan menyarankan supaya batu dipecahkan terlebih dahulu bagi mengeluarkan kanak-kanak itu dengan selamat.
Memetik laporan salah seorang wartawan tempatan, Bismellah Pashtonml, para petugas memaklumkan bahawa operasi menyelamat Haidar kini berada di tahap akhir.
Namun bagitu, keadaan kesihatan kanak-kanak itu dikatakan tidak dapat dikenalpasti. Terdapat sumber tempatan yang memberitahu mangsa sudah tidak boleh berkomunikasi.