Program permotoran di Terengganu, ramai kecewa pengunjung gagal uruskan sampah sarap
Walaupun kenyataan ini sukar diterima, tetapi tidak dapat dinafikan segelintir rakyat Malaysia masih kurang cakna mengenai kebersihan di tempat-tempat awam.
Mungkin kerana mereka masih lagi mempunyai kefahaman di mana akan sentiasa ada pekerja atau orang lain yang akan membersihkan sampah yang ditinggalkan.
Pengunjung program pemotoran GAGAL uruskan sampah sarap di Kompleks Gong Badak pada baru-baru ini.
MERDEKA kah tanggungjawab kita? pic.twitter.com/E5gQTCCKLo
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) August 14, 2022
“Macam tiada kesedaran sivik”
Beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan keadaan selepas program tersebut dan keadaannya sangat merisaukan.
Disebabkan itu, ramai netizen yang menyalahkan ribuan pengunjung yang hadir ke program tersebut kerana tidak menerapkan aspek kebersihan sejurus program itu berakhir.
Tidak kurang juga netizen yang mempertikaikan bagaimana mereka boleh mengeluarkan kos penyelenggaran yang tinggi untuk motor mereka tetapi tiada common sense untuk membersihkan sampah mereka sendiri.
Sebagai info, seramai 30,000 pengunjung telah membanjiri perkarangan Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak di Terengganu untuk program RXZ Members 4.0 yang berlangsung pada Sabtu lepas.
Difahamkan, program tersebut memperlihatkan himpunan motorsikal Yamaha RXZ terbesar di Malaysia yang dianjurkan buat kali keempat selepas kali pertama diadakan pada 2017 dan kali terakhir pada 2019.
Jagalah kebersihan guys!