Pesawat pengebom & jet pejuang dirakam penuhi ruang udara Ukraine

Pesawat pengebom & jet pejuang dirakam penuhi ruang udara Ukraine

Susulan serangan Rusia ke atas Ukraine, beberapa buah jet pejuang dilihat terbang di ibu negara Kyiv sebentar tadi ketika siren serangan udara kedengaran dengan sangat kuat, lapor NewsX.

Memetik laporan CNN, letupan pertama di bandar itu berlaku sejurus selepas jam 5 pagi pada Khamis, sekaligus menamatkan sebarang spekulasi mengenai tindakan yang ingin dilakukan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Beberapa minit sebelum itu, Putin mengumumkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Difahamkan, letupan itu datang agak jauh dari pusat bandar, tetapi jelas kedengaran di seluruh ibu negara Ukraine, dengan bunyi bising yang memecah kesunyian awal pagi.

Sementara itu, penduduk Kyiv telah diarahkan untuk tinggal di rumah dan mengemas barang keperluan, takut-takut jika mereka perlu pergi secara tiba-tiba.