Peringatan terakhir arwah, “Keluarga adalah keutamaan, Allah jangan ditinggalkan”

Peringatan terakhir arwah, “Keluarga adalah keutamaan, Allah jangan ditinggalkan”

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang seorang lelaki telah ditemui meninggal dunia rumah sewa. Lelaki itu berusia 28 tahun dan merupakan seorang jurutera kimia. Sehari sebelum ditemui meninggal dunia, dia difahamkan telah menyebabkan pecahnya pintu kaca sebuah masjid di Taman Scientex, Pasir Gudang seleaps waktu Isyak.

Hasil siasatan awal pihak polis juga mendapati lelaki terbabit berasa marah selepas pintu masjid ditutup. Pihak polis kemudian mendapatkan kenyataan dari ahli keluarga dan mendapati arwah dalam keadaan tertekan selepas lebih enam bulan tidak pulang bertemu keluarga di Terengganu.

Perkara ini turut dikongsikan oleh kakak kepada lelaki terbabit yang menganggap adiknya itu seorang anak yang sangat baik. Adiknya juga sangat memikirkan ummah dan banyak berbakti

 

Arwah selalu berpesan “jadikan ahli keluarga sebagai satu keutamaan”.

Kakak arwah, Siti Ayu Megawati turut berkongsi pesanan di atas kerap kali diulang-ulang adiknya. Bagi mereka, keluarga sangat beruntung dan bersyukur ada seorang anak dan adik yang amat mementingkan ahli keluarga.

Arwah turut kerap kali meluahkan hasrat untuk pulang ke kampung, kerja di sana dan menjaga ayah yang menghidap penyakit lelah kronik.

Saya dan arwah tinggal berdekatan antara satu sama lain di Johor Bharu. Pada Sabtu lalu, arwah beberapa kali mendesak serta mengajak saya untuk pulang ke kampung bersamanya, tetapi saya meminta beliau bersabar hingga Ahad bagi menguruskan dokumen rentas negeri.

Namun, perancangan itu tidak tercapai apabila saya menerima panggilan pada 4 pagi dan dimaklumkan kejadian menimpanya

 

Dalam perkongsian lain, Geng Bakal Jenazah memaklumkan jenazah telah diuruskan dengan baik di Hospital Sultan Ismail dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Berang, Terengganu.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Dalam pada itu, diharapkan jangan ada sebarang spekulasi atau menyalahkan sesiapa dalam kejadian yang menimpa arwah.

Kredit: Harian Metro | Facebook