Perhatian! Restoran akan ‘denda’ ibu bapa!

Perhatian! Restoran akan ‘denda’ ibu bapa!

Sebuah restoran di Amerika Syarikat (AS) mengenakan bayaran tambahan kepada beberapa pelanggan yang didapati gagal mengawal anak semasa makan di dalam premis.

Portal news.sky.com melaporkan, tersembunyi di bahagian bawah menu, Restoran Toccoa Riverside memberitahu pengunjung mengenai ‘surcaj dewasa’ sambil menambah tiga tanda dolar di sebelah perkataan ‘Untuk orang dewasa yang tidak dapat menjaga anak” dan ‘Tidak hormat, tiada perkhidmatan’.

Toccoa Riverside Restaurant in the Blue Ridge mountains of North Georgia

Bagi sesetengah pengunjung, mereka mendapati cara yang sukar mengatakan mereka bersalah ketika mahu membayar bil makanan.

“Pemilik keluar dan memberitahu saya dia menambah caj AS$50 (kira-kira RM238) dalam bil saya kerana kelakuan anak saya.

“Anak saya menonton tablet sehingga makanan tiba, makan makanan mereka dan isteri membawa mereka keluar sementara saya menunggu dan membayar bil,” kata Kyle Landmann ketika mengulas hal berkenaan

“Saya masih ingat berfikir, tidak mungkin ini benar. Anak saya duduk di satu hujung meja, dan mereka sangat baik.

“Saya juga katakan di tengah hidangan, saya tidak percaya betapa berkelakuan baik mereka (anak),” kata isterinya, Lyndsey Landmann, kepada rancangan NBC News Today.

Dia berkata selepas keluarganya selesai menjamu selera, pemiliknya datang ke meja mereka.

“Dia mempunyai menu di tangan dan menunjukkan kepada kami dengan bercakap mengenai bayaran.

“Pada mulanya saya fikir dia akan memuji kami dan mengatakan kamu tidak akan dikenakan caj kerana anak kamu berkelakuan baik,” kata Landmann.

Sebaliknya mereka didapati bersalah dengan Landmann mendakwa pemiliknya memberitahu anaknya terlalu bising dan berlari di luar.

“Jika kamu mempunyai anak, elakkan tempat ini sama sekali.

“Pemilik yang paling biadap kerana membuat kecoh di hadapan seluruh restoran kerana anak kami berlari dan turun di tepi sungai… kami disuruh pergi ke Burger King dan Walmart serta ibu bapa yang buruk,” kata pengunjung lain, Danielle Hampy.

Sky News menghubungi restoran itu untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi seorang kakitangan memberitahu NBC News, rakan kongsi Sky di AS, mereka enggan mengulas mengenai dasar yang sudah lama digunapakai selama bertahun-tahun.

“Kami hanya mahu tinggal di dalam hutan. dan masak,” katanya.