Pergi memancing sambil ditemani memerang raih perhatian ramai

Pergi memancing sambil ditemani memerang raih perhatian ramai

Selalunya kucing antara haiwan yang kerap dijadikan haiwan peliharaan di Malaysia ditambah pula dengan telatah manja mereka yang sering mencuit hati. Namun berbeza pula dengan lelaki ini apabila gelagatnya bersama seekor memerang menarik perhatian ramai semasa dia keluar memancing.

Malah memerang itu juga dilihat sangat manja mengalahkan kucing sehingga sanggup menemaninya ke mana sahaja semasa memancing. Video tersebut turut menarik perhatian ramai apabila ianya meraih lebih tiga juta tontonan setakat ini.

@shahrezan96_

My milo ais🦦

♬ The Nights Citycreed Cover – No.1

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang memancing di sebuah sungai sambil ditemani oleh seekor memerang. Apa yang menarik perhatian ialah memerang itu kelihatan sangat manja dan rapat dengan lelaki tersebut.

Rupa-rupanya, memerang tersebut sudah cukup kenal dengan lelaki itu yang sering berkunjung di sungai itu. Malah lelaki itu juga siap memberikan nama pada memerang itu yang dipanggil sebagai Milo. Lebih mencuit hati, memerang itu turut mengikuti lelaki itu ke mana sahaja dan tidak dapat berjauhan.

memerang manja

Berdasarkan perkongsian di akaun lelaki itu, dia sering kali berkongsikan gelagat memerang itu yang sudah dianggap seperti haiwan peliharaannya sendiri. Gelagat manja dari memerang ini turut menarik perhatian ramai yang tidak menyangka memerang juga boleh menjadi manja seperti kucing.

Di ruangan komen, netizen turut sama tertarik melihat hubungan rapat di antara lelaki dan memerang itu. Dalam masa yang sama, ada juga yang tidak tahu tentang identiti sebenar haiwan itu dan memanggilnya dengan beberapa nama lucu.

“Jinaknya meremang ni.”

memerang

“Siapa yang tak tau tu haiwan apa, tu lah kucing custom.”

lelaki

“Aku setiap kali pergi mancing bukan memerang yang mai, anjing yang dok mai mintak ikan.”

komen

“Jarang tengok jinak macam ni…”

tik tok