Pereka fesyen dedah orang Brunei makan ubat produk ustazah Afifah sampai maut?

Pereka fesyen dedah orang Brunei makan ubat produk ustazah Afifah sampai maut?

Sedia maklum, pasangan suami isteri yang di katakan sebagai pendakwah bebas menjadi viral di platform media selepas sering mengeluarkan statement ‘tidak masuk akal’ serta di anggap merapu bagi para netizen.

Kalau sebelum ini mereka menjadi bualan ramai kerana berkata minum susu terlalu banyak boleh menjadi punca masalah rabun, kali ini lain pula.

Seorang pereka fesyen tempatan di kenali ramai memuat naik satu foto di Instagramnya memaparkan statement ‘ustazah’ tersebut yang berkata penyakit kencing manis berlaku kerana seseorang itu sering makan atau minum sumber haram.

 

Melalui kapsyen yang di buat, pereka fesyen itu mendakwa bahawa ‘ustazah’ terbabit sudah jauh terpesong, malah satu pendedahan yang mengejutkan telah di beritahu olehnya.

Individu tersebut berkata ‘ustazah’ viral itu mengubati seorang warga Brunei sehingga meninggal dunia.

Kau ubatkan orang sampai meninggal sebab punca makan ubat produk kau, pastu kau putar belit cerita!

Sekadar info, ‘ustazah’ ini teruk di kecam warganet kerana melabelkan golongan suami sebagai dayus  gara-gara membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri semasa proses bersalin.

SUMBER : Instagram