Penyelia kedai buku sekolah ditemui rentung dalam bengkel sekolah

Penyelia kedai buku sekolah ditemui rentung dalam bengkel sekolah

Malang nasib yang menimpa seorang gadis berusia 25 selepas ditemui rentung dalam bengkel pertanian kemahiran hidup di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras semalam.

Apa yang lebih mengejutkan apabila seorang pengawal keselamatan didakwa cuba memperkosa mangsa dan menjadi motif serta punca mangsa dibunuh sebelum mayatnya dibakar.

Tak angkat telefon

Sekadar gambar hiasan

Ujar seorang lelaki yang merupakan majikan kepada mangsa menerusi laporan Harian Metro, menceritakan mangsa sepatutnya berjumpa dengan seorang pelanggan sebelum insiden (bunuh) tersebut berlaku. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak muncul menyebabkan pelanggan berkenaan membuat panggilan kepada majikannya bagi menjelaskan perkara itu.

Bercerita lebih lanjut, lelaki ini kemudiannya cuba menghubungi mangsa namun panggilan tersebut sama sekali tidak berjawab dan dia menyangka mangsa sedang memandu serta menggunakan aplikasi Waze.

Namun selepas agak lama tidak dapat menghubunginya, saya meminta anak pergi ke sekolah berkenaan untuk memeriksa sama ada mangsa ada di sekolah.

Ketika anak saya tiba di sekolah itu, pintu utama sekolah sudah ditutup. Tiada pengawal keselamatan di sana namun saya meminta anak untuk memanjat pagar sekolah selepas memaklumkannya kepada pengetua sekolah.

Ujar lelaki ini lagi, anaknya ternampak kereta mangsa diletakkan di pekarangan sekolah sebelum menghubungi pihak bomba dan bergegas ke lokasi kejadian.

Anak saya kemudian terlihat kepulan asap keluar dari salah satu bilik di bangunan sekolah itu.

Namun sebaik tiba, pihak bomba dan polis sudah berada di sana dan memaklumkan terjumpa mayat dalam bilik itu.

Pengawal keselamatan dipercayai ingin merogol

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Polis Daerah Cheras Asisten, Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mangsa bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah berkenaan dan suspek yang merupakan seorang pengawal keselamatan dipercayai ingin merogolnya.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Salak Selatan pergi ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran berjaya dipadamkan. Satu mayat dalam keadaan rentung seluruh badan dijumpai bomba.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Susulan daripada itu, satu tangkapan telah dibuat terhadap seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau.