Penyanyi pukul bekas isteri ditahan polis
Penyanyi ditahan hari ini, selepas dipercayai memukul bekas isterinya dalam kejadian di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 27 tahun membuat laporan berhubung kejadian semalam.
Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.
“Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.
Mohamad Fakhrudin berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan lelaki berkenaan di kediamannya, hari ini.
“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif. Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017,” katanya.