Penonton puas hati persembahan UBI, “moh ikut abag ambik lesen” perli ikon permotoran

Penonton puas hati persembahan UBI, “moh ikut abag ambik lesen” perli ikon permotoran

Muzikal Lawak Superstar musim ketiga kembali berlangsung dan dibarisi juru hebat tanah air seperti Datuk Awie, pelakon Siti Saleha dan pengacara dari Singapura, Najib Ali.

Terbaharu, persembahan daripada kumpulan Ubi dalam minggu ke-2 semalam mendapat pujian ramai di mana ramai meluahkan kepuasan dengan lawak yang dibawakan oleh tiga pelawak iaitu Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie.

Menerusi video persembahan yang dikongsikan oleh pengguna dikenali @milzain, dilihat Fad dan Sharif terjatuh dari motorsikal dan dikatakan telah dilanggar dari belakang oleh seorang penunggang menaiki motor berkuasa tinggi selain memakai jaket berlogo di belakang.

 

@milzain

Haha stopek pulak dah 🤣 #muzikallawaksuperstar #muzikal #lawak #superstar #muzikalawaksuperstar2022 #muzikallawaksuperstar3 #muzikallawaksuperstar2022 #muzikallawaksuperstar3 #muzikallawaksuperstar2022 #muzikallawak #muzikalawaksuperstar #astro #astrogempak #ubi #muzikallawaksuperstarubi

♬ bunyi asal – Shamil Zain – Shamil Zain

Akibat cedera terjatuh motor, Sharif mengajak untuk pergi ke klinik namun Fad enggan kerana status ‘mat rempit’ yang dipegang menyukarkan mereka mendapatkan rawatan disebabkan takut menjadi kes polis.

Tidak lama kemudian, kemunculan Namie membawa watak sebagai Haqiem Stopa menarik perhatian ramai terutama pelawak tersebut iras seperti ikon permotoran yang sering menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini.

Bukan setakat memiliki iras Haqiem Stopa, malah mereka turut menyindir pemuda berusia 22 tahun kerana dijemput menjadi penceramah jemputan sebuah sekolah dan ‘mengajak’ pergi membuat lesen memandu.

“Sekarang ini, kita buang yang keras (keruh) dan jom ikut abang pergi ambil lesen.”ujar Namie.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan kepuasan hati apabila kumpulan Ubi tersebut menyindir pemuda yang dijulang sebagai ikon permotoran oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.Terdahulu, Haqiem Stopa meluahkan rasa rimas digelar ‘ikon permotoran’ terutama menerima banyak kecaman warganet.

Sumber: TikTok @milzain