Pengsan ketika rawatan dialisis, Ibu Abby Abadi meninggal dunia
“Hari ini emak sudah tiada,” katanya.
Abby memaklumkan mengenai pemergian ibunya menerusi perkongsian di lnstagram miliknya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.
Suami Abby memaklumkan ibu mentuanya sudah lama menghidap sakit buah pinggang.
Sementara itu, suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria berkata, ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis.
Minggu lalu kata Faizal, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.
“Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua jug adalah masalah jantung.
“Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” ujarnya .