Pengetua taska akhirnya menang saman gara-gara dipecat kerana terima hadiah coklat RM3.68 daripada pelajar

Pengetua taska akhirnya menang saman gara-gara dipecat kerana terima hadiah coklat RM3.68 daripada pelajar

 

Sebuah taska memecat pengetuanya kerana menerima sekotak kecil coklat bernilai $85 sen (kira-kira RM3.68) daripada seorang murid.

Kejadian dilaporkan berlaku di Chongqing, barat daya China.

Susulan pemecatannya, pengetua taska yang dikenali sebagai Wang, mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas majikannya selepas dibuang kerja pada September tahun lalu, lapor Radio Nasional China.

Menerusi rakaman kamera pengawasan taska, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki menyerahkan beg plastik berisi kotak coklat kepada Wang, yang duduk di hadapan kelas bersama seorang guru lain.

Wang menerima pemberian kanak-kanak tersebut dan memeluknya.

Pengetua tersebut kemudian berkongsi coklat yang diterimanya dengan kanak-kanak lain di taska, demikian menurut laporan berkenaan.

Wang berkata dia dimaklumkan oleh pihak taska bahawa dirinya dipecat kerana menerima hadiah daripada kanak-kanak tersebut.

Pihak taska mendakwa Wang telah melanggar peraturan Kementerian Pendidikan yang melarang guru meminta atau menerima hadiah daripada pelajar atau ibu bapa dalam apa jua bentuk.

Wang memfailkan samannya di Mahkamah Rakyat Daerah Jiulongpo.

Pada Mac lalu, hakim memutuskan tindakan taska memecat Wang sebagai tidak wajar dan mengarahkan pihak tersebut membayar pampasan.

Taska itu memfailkan rayuan dan pada Ogos, mahkamah di Chongqing mengekalkan keputusan asal selepas perbicaraan kedua kes berkenaan.