Pengasas dikritik ejen penjual, produk kosmetik tersenarai mengandungi merkuri
Sejak beberapa hari lalu kecoh di sosial media dengan kisah mengenai satu jenama kosmetik tempatan. Dikatakan pengasas kosmetik dituduh menipu ejen dan pengguna selepas nama jenama penjagaan kulit tersebut tersenarai dalam produk kosmetik mengandungi racun berjadual.
Senarai tersebut telah dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihantan (KKM) baru-baru ini. Apa yang membuatkan isu ini menjadi kecoh adalah apabila tular foto pengasas bersama suaminya berada di depan bangunan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Malah menerusi ruangan kapsyen, individu tersebut mendakwa dia bertungkus lumus untuk mendapatkan kelulusan dan ujian supaya produk yang dikeluarkan itu selemat digunakan. Berikut adalah perkongsian itu:
Bagaimanapun, menerusi Facebook SIRIM Berhad sendiri menyangkal pernah melakukan ujian ke atas produk tersebut sebelum ini.
Manakala di TikTok pula ada pengguna atau ejen yang telah mendedahkan sebenarnya botol jenama berkenaan hanya dibalut dengan yang baru untuk menukar dan mengelirukan pengguna. Ini kerana jenama kosmetik berkenaan pernah disenaraikan dalam salah satu produk beracun.
@cikbellaaaaaa_ Replying to @ynadonamua kecewa 💔💔💔 #skindessert #fyp #produkmerkury #founderskindessert
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Wah wah kala dioo”
“Dulu ok je keluar yang baru ha nok!! Muka aku breakout terok wey. Susah nak pulih kan balik”
“Warna dia macam geng akak neon”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: