Pendaftaran dos penggalak boleh secara walk-in bagi individu layak

Pendaftaran dos penggalak boleh secara walk-in bagi individu layak

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, baru sahaja mengumumkan syarat bagi individu yang ingin hadir secara terus ke pusat pemberian vaksin untuk mendapatkan suntikan penggalak.

Dilaporkan sebanyak 40 peratus golongan sasaran yang diberikan janji temu untuk mendapatkan pelalian dos penggalak vaksin COVID-19 tidak hadir untuk menerima suntikan masing-masing.

PENDAFTARAN DOS PENGGALAK BOLEH SECARA WALK-IN

Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak bersetuju melaksanakan pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti swasta di seluruh negara bermula 22 November.

Pendaftaran secara walk-in ini akan dilaksanakan bagi:

  • individu yang layak pemberian dos penggalak
  • individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu
  • individu masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin Covid-19
  • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum lengkap vaksinasi

Hal ini untuk memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lama.