Penari kritikal dihempap screen LED gergasi
Satu siri konsert oleh boy band popular Hong Kong, Mirror telah dibatalkan selepas skrin LED gergasi jatuh dari siling dan menimpa penari mereka.
Kejadian tersebut berlaku pada malam Khamis dan rakaman video insiden itu telah menjadi tular di media sosial.
Rakaman video itu jelas menunjukkan tali skrin LED tergantung di bahagian siling pentas konsert itu terputus sebelum jatuh dan menimpa dua penari yang berada betul-betul di bahagian bawah skrin berkenaan.
Sebaik sahaja skrin itu terjatuh, kedengaran jeritan penonton yang terkejut dan persembahan terus dihentikan.
Kesemua yang berada di atas pentas kemudiannya terus bergegas membantu kedua penari.
Seorang penari kelihatan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi menahan sakit.
#BREAKING: Hong Kong’s leader has ordered authorities to investigative after 2 dancers performing with Canto-pop boy band Mirror were struck by a fallen screen during the show. One performer in serious condition in intensive care, suffering neck injuries. https://t.co/8EBuiVw9Sp
— Ezra Cheung (@ezracheungtoto) July 29, 2022
Kedua-duanya dikejarkan ke hospital. Difahamkan seorang mengalami kecederaan di bahagian kepala namun berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun seorang lagi masih berada dalam keadaan krital selepas mengalami kecederaan serius di bahagian leher.
Kemalangan itu telah menyebabkan bantahan orang ramai. Peminat dan juga orang dalam industri turut mengecam penganjur konsert.
Mereka juga mendakwa pihak penganjur tidak memberi masa yang cukup untuk membuat pemeriksaan lokasi, latihan serta mengabaikan keselamatan penghibur.
Kerajaan Hong Kong telah menangguhkan konsert seterusnya di lokasi berkenaan sehingga reka bentuk pentas dan struktur mekanikalnya terbukti selamat.