Penangan dos kedua vaksin, Caprice ‘tumbang’ dibawa ke hospital di Jordan

Penangan dos kedua vaksin, Caprice ‘tumbang’ dibawa ke hospital di Jordan

Selebriti dan juga infleuncer yang sedang sibuk menguruskan misi #RoadToAlAqsa2040, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sememangnya rajin memuat naik perkembangan perjalanan ‘jihadnya’ di Jordan.

Tolak tepi sebentar berkaitan kontroversi sebelum ini, Caprice dipercayai telah dimasukkan ke hospital susulan mengalami demam tinggi dan panic attack.

Masuk hospital di Jordan

Hal ini dimaklumkan sendiri influencer berkenaan di media sosialnya dengan menyertakan sekali keadaan ketika terlantar di katil hospital.

 

 

Kesan pengambilan vaksin

Menurutnya, demam dan panic attack yang menyerang kesihatannya adalah salah satu kesan daripada pengambilan suntikan kedua vaksin.

Walaupun terlihat agak lemah, namun Caprice memaklumkan yang dia ‘okay’ dan akan kembali meneruskan misinya dalam beberapa hari selepas sembuh.

Dalam IG story influencer itu lagi, dia sempat memuat naik beberapa video menunjukan keadaan lengannya yang dimasukkan air serta kesan pengambilan darah oleh jururawat.

Puji rawatan yang diberikan jururawat & kakitangan hospital

Dia juga turut memuji rawatan yang diterima di hospital berkenaan kerana dilayan dengan baik oleh kakitangan kesihatan disana.

Susulan daripada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan kesejahteraan Caprice di negara orang dan berharap agar dia segera sembuh dari kesan sampingan dos kedua vaksin yang sememangnya agak ‘berat’ untuk ditanggung.

Sumber: Instagram Caprice