Pemandu bas dipercayai terlelap jadi punca 10 orang maut dan 45 lagi cedera

Pemandu bas dipercayai terlelap jadi punca 10 orang maut dan 45 lagi cedera

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 45 lagi cedera selepas sebuah bas tergelincir sebelum terbalik dalam satu kejadian negeri yang berlaku berhampiran bandar Slavonski Brod di Croatia baru-baru ini.

Nahas itu berlaku pada jam 6 pagi ketika bas berkenaan sedang melakukan perjalanan dari Jerman ke Kosovo dengan plat nombor kenderaan Kosovan.

Menurut polis, pemandu bas itu yang merupakan seorang warga Kosovo berusia 52 tahun telah ditahan dipercayai kerana tertidur sebentar ketika memandu sehingga menyebabkan bas hilang kawalan.

“Dia mengatakan dia tertidur sebentar,” kata timbalan pendakwa tempatan Slavko Pranjic, menurut laman berita Index di Kroasia.

Gambar: REUTERS/Daily Star

Berdasarkan laporan Nova TV, 15 daripada 45 mangsa yang cedera dalam nahas telah mengalami kecederaan parah. Manakala, pemandu kedua juga turut terkorban dalam insiden itu.

Duta besar Kosovo memberitahu TV Nova bahawa kebanyakan penumpang bas merupakan warga Kosovo yang bekerja di Jerman dan mereka mahu pulang ke rumah untuk menghabiskan cuti musim panas bersama keluarga.

Sementara itu, ketua Polis tempatan, Franjo Galic turut menyifatkan bahawa insiden itu sebagai salah satu kemalangan terburuk yang pernah dilihatnya.

Gambar: Daily Star

Perdana Menteri Kroasia, Andrej Plenkovic turut meluahkan rasa sedih dan hiba mengenai insiden berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dan juga warga Kosovan.

Kesemua mangsa kemalangan yang cedera telah dikejarkan ke hospital tempatan di Slavonski Brod.

Gambar: REUTERS/Daily Star

Sumber: Daily Star