Pelajar perempuan diterkam buaya ketika mahu keluar dari tandas
Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah di Kabupaten Indragiri Hilir, Riau dilaporkan cedera akibat ‘diterkam’ buaya selepas keluar dari tandas yang terletak di tepi sungai belakang rumahnya, memetik laporan Tribun News.
Menurut di Tribun News, seorang saksi iaitu Nelpa, kejadian itu dikatakan terjadi pada hari Selasa lalu iaitu pada jam 7:00 pagi sebelum pelajar perempuan tersebut pergi ke sekolah, lapor Nelpa yang dikutip dari Tribun Pekanbaru melalui Tribun News.
“Tiba-tiba muncul seekor buaya yang bertindak menyerang bahagian kiri kaki pelajar perempuan itu.” kata Nelpa.
Mangsa juga dikatakan mengalami luka yang sangat dalam di bahagian atas tapak kaki dan perlu menerima sebanyak 24 jahitan.
“Ketika kejadian, paras sungai adalah tinggi berikutan air pasang.” tambah Nelpa.
Sementara itu pasukan bomba dari daerah berkenaan telah tiba ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Pegawai bertugas juga akan mengambil tindakan lanjut sekiranya haiwan itu ditemui.