‘Patut lah member tu berubah’ Mia Sara dituduh berubah sebab berkawan dengan Leona?
Baru-baru ini, pelakon remaja dan pempengaruh media sosial, Mia Sara Nasuha menjadi bualan ramai di platform TikTok apabila dituduh mengalami perubahan drastik dari segi penampilan ekoran terpengaruh dengan rakan sebaya.
Mana tidaknya, rata-rata pengikut meluahkan kekesalan kerana tudung yang dipakai oleh Mia dilihat semakin singkat dan tidak menutup bahagian dada seperti dulu.
Eh, berTikTok bersama Leona
Belum reda lagi, nama Mia Sara kembali menjadi bualan ramai apabila ramai melihat perkongsian video yang dikongsikan oleh anak perempuan kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona bersama dua lagi rakan sedang menari di TikTok.
@leonsmeonss
Patutlah member tu berubah, kawan dengan Leona rupanya…
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mempersalahkan Leona atas perubahan penampilan Mia Sara sejak kebelakangan ini.
Lari Mia, lari.. masih boleh selamatkan diri lagi…
Malah ada yang berharap agar pelakon berusia 17 tahun itu keluar dari kelompok rakan yang boleh memberi kesan negatif terhadap dirinya.
Tak salah pun nak kawan asalkan diri sendiri kena bijak menilai baik buruk
Selain itu, terdapat segelintir warganet berharap agar sesetengah pihak tidak mudah dan cepat menilai penampilan dan kelakuan seseorang selain berhenti menyalahkan rakan kepada Mia tersebut.
Semoga dapat berubah ke arah lebih baik
Dalam pada itu, mereka mendoakan agar Mia Sara sentiasa istiqamah dan berubah ke arah kebaikan pada masa akan datang kerana kita tidak tahu pengakhiran ‘cara’ pengakhiran seseorang itu dalam hidupnya.
Sumber: TikTok @leonsmeonss