Pasangan gay disebat 80 kali di khalayak ramai
Pasangan gay disebat di khalayak ramai selepas didakwa melakukan hubungan songsang yang menyalahi undang-undang Islam Aceh.
Pasangan yang berusia 20-an itu disebat hampir 80 kali dan ketika pegawai syariah melaksanakan hukuman itu, mereka menangis kesakitan dan merayu agar hukuman itu dihentikan. Malah ibu kepada seorang pesalah lelaki pengsan apabila melihat anaknya disebat.
Sementara itu, pegawai hukuman awam, Heru Triwijanarko berkata, hukuman syariah adalah muktamad, tanpa mengira siapa pesalahnya.
“Pelawat juga perlu menghormati undang-undang tempatan,” katanya.
Kedua-dua lelaki itu ditahan pada November lalu di rumah sewa di mana pemilik kediaman menjumpai mereka separuh bogel di dalam bilik.
Hubungan sejenis bukan satu kesalahan di Indonesia kecuali Aceh yang menjadi satu-satunya wilayah yang melaksanakan hukuman syariah. – SH