Panas!! Dr. Mahathir “mastermind” Langkah Sheraton?

Kebetulan hari ini ramai tag aku tentang kenyataan Azmin tentang rancangan Tun kononnya jatuhkan Kerajaan PH, Pelik ramai pula sabahat PKR sudah percaya pada Azmin. Ok kita raikan perbezaan pandangan..

2- Kebetulan apa yang disebutkan Azmin aku telah jawab semalam kepada sahabat Mohd Mukhlis Mohd Sharif dalam soalan dia semalam kepada aku. Aku suka watak seperti Mukhlis dia boleh berbeza pandangan dengan baik. Biarpun dia menentang keras Tun, itu hak dan pandangan. Bila ada perbezaan antara kami, aku saling menghormati. Boleh jadi aku salah, boleh jadi dia betul ini adalah Ijtihad Politik.

Kebetulan apa yang dibangkitkan Azmin hari ini, aku dah jawab semalam kepada Mukhlis. Ini sisi pandang aku dalam Politik. Kenyataan Azmin itu separuh benar, memang betul, Tun ada rencana memperkuatkan PH bersama sokongan Melayu bagi melemahkan UMNO, ia dapat dilihat dari tindakan Kerajaan PH dulu kepada PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

3- JATUHKAN PH PLAN TUN ?
Itu sebab aku kata sebelum ini, memang awalnya adalah plan Tun Mahathir, dan boleh jadi ia juga tindakan memperkukuhkan kedudukan dia dalam politik. Aku tak menolak kemungkinan itu. Dalam politik itu biasa. Hatta nak bekerjasama dengan Zahid dan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Majoriti Melayu Islam. Itu adalah move dalam Politik.. Itu sebabnya Tun menawarkan sebuah Kerajaaan Perpaduan dan akhirnya ditolak PH.

Dalam Gambar sebelum ini akhirnya terjawab. Gambar setelah Mesyuarat Bersatu, setelah Bersatu mengumumkan keluar dari PH. Sebagai tanda protes Tun M meletak jawatan sebagai PM dan sebagai Pengerusi Bersatu kerana tidak bersetuju dengan Keputusan Parti.

4- PERJUMPAAN SEBELUM LANGKAH SHERATON.
Sebelum berlaku perjumpaaan di Sheraton, gambar ini adalah Perjumpaan wakil Ketua semua ketua parti memujuk Tun, ketua 6 parti datang memujuk Tun mempersembahkan 131 SD pada jam 4 Petang. Mereka berarak ke Istana..Tetapi Tun Menolak.. Tun menyatakan dia tak tahu menahu tentang SD tersebut.

Antaranya ketua parti politik yg hadir sebelum mereka berkumpul di Sheraton, termasuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg dan Azmin.

Lihat saja Pakaian Mereka..sama pakaian ketika mereka hadir ke Sheraton..yang pada malam tersebut mereka menunggu Tun Mahathir tak kunjung tiba… Masih kita ingat malam itu depa balik hampa? Kereta ketua ketua parti berpusing-pusing di dalam Istana.

5- TUN TOLAK EN BLOC UMNO

Tapi apa jadi ? Tun menolak tawaran depa sebab tak bersetuju bergabung dengan UMNO secara En Bloc.. Tun tak boleh terima kelompok Kleptokrat.. Tun masih mempertahankan gabungan Kerajaan Majoriti Melayu dan tidak meninggalkan PH dan DAP.. Manakala UMNO dan PAS meletakkan Syarat Kerajaan Perpaduan dengan PH dan DAP…

Akhirnya seperti kata Azmin.. Bagi menyekat orang lain menjadi PM terutama DSAI.. Depa terpaksa mengambil keputusan melantik Muhyidin.. Masa ni sapa masih ingat, UMNO dan PAS selepas Langkah Sheraton rasa keewa dengan Tun memohon Bubarkan parlimen…

6- UNDI PH KE ISTANA BERPECAH
Maka Berlaku lah apa yg berlaku… PH akhirnya memberikan alasan mencalonkan DSAI disebabkan Tun tidak mahu turut serta dalam Mesyuarat.. Manakala Tun pula memberi alasan dia sudah tidak layak untuk mempengerusikan mesyuarat sebab partinya telah mengumumkan telah Keluar dari PH.

Akhirnya Undi PH berpecah ketika dinamakan ke Istana, PH solid menamakan Ds Anwar dengan Sokongan Amanah, DAP dan PKR…manakala Tun dengan 66 Sokongan yg didakwa datang dari Bersatu, GPS, Warisan.

Manakala PAS dan UMNO menamakan Muhyidin.. dan akhirnya Azmin dan Muhyidin ambil keputusan menamakan Muhydiin bagi menghalang Ds Anwar menjadi PM..

7- TUN MOHON SIDANG PARLIMEN KHAS 2 MAC
Untuk Menghalang rencana Azmin dan Muhyidin, Tun pada 26 Feb ..melalui Live di kaca TV menyatakan dia menolak En Bloc UMNO dan mahu adakan satu Sidang parlimen 2 MAC untuk memilih PM ke 8 dan menawarkan Kerajaan Perpaduan.. Idea Kerajaan Perpaduan dan Sidang Parlimen Khas ini juga ditolak PH dan Speaker dari PH kononnya tidak mematuhi peraturan Mesyuarat..

8- UMNO DAN NAJIB BIJAK AMBIL PELUANG.

Setelah penolakan inilah datang Peluang bagi UMNO dan Najib atas faktor MP “Pa&%7″.. Najib berjaya memujuk GPS dengan surat Sokongan Presiden Parti kepada Muhyidin.. Muhyidin Diperkenankan bukan disebabkan sokongan Majoriti ahli Dewan rakyat..tetapi Majority Blok parti biarpun Bersatu sendiri sebahagiannya menolak Muhyidin..

Nak faham Sokongan macam mana, Sepertimana Surat Sokongan Zahid yg tersebar di Internet…
Akhirnya hanya Warisan kekal bersama Tun…GPS sebahagian besar bersatu dari 66 Undi itu akhirnya berkhianat kepada Tun Mahathir.. dari 66 tu lah ada hat dah jadi Menteri dan Pengeruci GLC dalam Scheme Of Thing..

Bila surat Istana dah keluar.. baru lah PH kembali cuba mencalonkan Tun Mahathir.. Tetapi segalanya terlambat.. Faktor ” P2&&%” memberi kelebihan kepada Najib dan UMNO menjatuhakan Kerajaan PH.. Sebagaimana PH terpecah ketika Langkah Sheraton..Begitulah terpecah ketika Undi Belah Bahagi pada Sidang Belanjawan.. Sekali lagi ada Peranan Najib…

Aku raikan perbezaan pandangan dalam Pollitik biarpun aku tahu ramai Friends aku dalam ni menolaknya.. Bagi yang tak boleh aku sampaikan..yang Faham..faham lah.. 🙂

Ipohmali

Sumber: https://infonegarakini.com/gempar-tun-m-mastermind-langkah-sheraton/