“Pada asasnya bukan satu kelasahan di bawah kesalahan yang dituduh” – peguam Neelofa & PU Riz

“Pada asasnya bukan satu kelasahan di bawah kesalahan yang dituduh” – peguam Neelofa & PU Riz

Peguam bela pasangan berkenaan, Wan Aizudin Wan Mohamed berkata kepada pihak Harian Metro, tarikh tersebut telah ditetapkan oleh mahkamah selepas pihaknya menyerahkan dokumen representasi kepada pihak pendakwaan, di mahkamah, hari ini.

Kami memohon kepada Peguam Negara untuk menggunakan budi bicara menarik balik pertuduhan terhadap anak guam kami. Ini kerana kami merasakan pertuduhan yang dibawa terhadap anak guam kami ini pada asasnya bukanlah suatu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh.

Tambahnya lagi, pihaknya berharap akan mendapat maklum balas mengenai perkara ini daripada Jabatan Peguam Negara menjelang sebutan semula kes pada 1 Disember nanti.

Pada 1 Disember nanti, pihak pendakwaan akan maklumkan mengenai surat representasi berkenaan.

neelofa dan pu riz

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, pada 2 Mei lalu dan mereka berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

SUMBER : Harian Metro