PA & Keluarga arwah pegang amanah Adibah Noor, jaga kebajikan semua kucing miliknya

PA & Keluarga arwah pegang amanah Adibah Noor, jaga kebajikan semua kucing miliknya

 

 

 

Selepas pemergian Allahyarhamah Adibah Noor pada Sabtu lalu, memang ramai yang buka satu per satu kebaikan arwah yang sedia membantu insan-insan yang memerlukan sehingga ke hari ini.

Bukan itu saja, arwah sangat dikenali sebagai pencinta kucing dan dirinya mempunyai 24 ekor kucing yang dijaga dengan baik. Malah, dia turut mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan kucing.

Oleh itu, pengurus (PA) kepada Adibah Noor atau mesra dipanggil Kak Dib, iaitu Cik Todd memuat naik satu tweet di akaun Twitter milik arwah @adibahnoor dengan menyatakan update tentang keadaan kucing-kucingnya, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, maka terjawablah persoalan tentang hal kebajikan kucing-kucing milik Adibah Noor kerana difahamkan Cik Todd dan juga keluarga arwah akan memegang amanah dengan menjaga mereka.

“Buat masa sekarang, kucing-kucing semua ada di rumah Kak Dib lagi. Arwah pernah amanahkan saya untuk jaga kucing-kucing dia bila dia dah tak ada  nanti” – Ujar Cik Todd

“Ramai yang mesej, tanya update kucing”

Menurut mStar, kenyataan itu dibuat oleh Cik Todd selepas menerima pelbagai mesej dan juga pertanyaan dari peminat kerana turut ada yang menawarkan diri untuk menjaga kucing-kucing milik Adibah Noor.

Kucing

Sumber: Twitter

Tambah Cik Todd lagi, dirinya akan bergilir-gilir dengan kakak kepada arwah untuk menjaga hal kebajikan haiwan peliharaannya itu kerana tegasnya Adibah Noor juga tidak pernah berniat untuk berikan kucing-kucingnya kepada orang lain.

Lega min rasa bila ada yang akan jaga kucing-kucing tu… Terima kasih Cik Todd.