Oyen terjatuh buat member terkejut, “nak cover malu la tu”

Oyen terjatuh buat member terkejut, “nak cover malu la tu”

Kucing berbulu oren atau sinonim dengan nama Oyen sering sahaja mencuri perhatian ramai. Telatah haiwan ini yang dikatakan agak nakal dari kucing-kucing lain membuatkan video dengan paparan si comel tersebut sering menjadi tumpuan.

Malah baru-baru ini satu video yang memaparkan gelagat si comel ini sedang bersantai di dalam ‘rumahnya’ telah membuatkan ramai terhibur. Manakan tidak, dalam rakaman tersebut kelihatan Si Oyen dan seekor lagi kucing sedang bersantai.

Screenshot at Oct 05 16-34-57

Namun tiba-tiba Si Oyen terjatuh sendiri membuatkan kucing lagi satu itu terkejut dengan kejadian tersebut. Santai sangat gayanya, gedebuk jatuh sampai member sebelah pun boleh terkejut!

Berikut adalah rakaman Oyen terjatuh buat member terkejut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun teo87 ini:

@teo87

Oyen oh oyen 🤣🤣🤣🤣 Lawak sangat #oyenkingfyp #kucingkucingtiktok

♬ Oh No – Kreepa

 

 

Adoi, mesti kuat bunyi Si Oyen terjatuh ini sampai kucing itu pun boleh terkejut. Rakaman Oyen terjatuh buat member terkejut ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 17 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Macam perempuan lah bila diorang salah lelaki yang dipersalah”

oyen terjatuh 4

“Berdekah gelak, 3,4 kali ulang buat bagi oyen sakit lagi hahaha”

oyen terjatuh 3

“Cover malu terus marah member ek oyen”

oyen terjatuh 2

“Nasib baik rendah, kalau jatuh ke bawah lagi teruk la sikit Oyen tu”

oyen terjatuh 1