Oyen menangis tikus yang ditangkap terlepas, “Penat Oyen tangkap…”

Oyen menangis tikus yang ditangkap terlepas, “Penat Oyen tangkap…”

Kucing suka menangkap haiwan seperti tikus atau lipas untuk diberikan sebagai hadiah kepada pemilik mereka. Sama juga macam gelagat seekor kucing berwarna oren ini yang berjaya menangkap seekor tikus namun lain pula yang berlaku akhirnya.

Semuanya gara-gara tikus tersebut yang terlepas sehingga membuatkan si oyen menangis dibuatnya pada penghujung video. Malah video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih 16 juta tontonan setakat ini di mana netizen turut terhibur melihatnya.

@cat_dog.story♬ nhạc nền – Cat_dog.story

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing berwarna oren yang sedang membawa tikus yang berjaya ditangkapnya. Namun tidak lama kemudian, pemiliknya mula menghulurkan snek kucing kepadanya sekaligus menarik perhatian kucing itu.

Apa yang melucukan ialah kucing itu kemudian meletakkan sebentar tikus itu di lantai untuk membolehkan dia menikmati makanan itu. Sedang enak dia menjamu selera, tikus tersebut berlari menyelamatkan dirinya tanpa pengetahuan si oyen.

oyen

Kucing itu yang akhirnya mula sedar dengan apa yang terjadi segera berlari untuk menangkapnya semula namun gagal. Malah si oyen turut dilihat menangis pada penghujung video seolah-olah marah dan sedih apabila tikus yang ditangkapnya itu terlepas begitu sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi si oyen ini. Netizen turut berseloroh meminta pemilik kucing itu untuk menangkap semula tikus tersebut untuk kucingnya ini.

“Dia menangis oi.”

kucing

“Penat-penat oyen tangkap, dia terlepas macam tu je.”

tikus

“Kucing memang macam ni…”

komen

“Baru aku tau yang kucing boleh keluar air mata banyak.”

tik tok