Oyen dari Korea menyanyi Lagu Cindai, “Oyen sememangnya serba boleh…”

Oyen dari Korea menyanyi Lagu Cindai, “Oyen sememangnya serba boleh…”

Berbanding kucing yang lain, kucing berwarna oren atau si oyen seringkali menonjol dan lebih menarik perhatian terutamanya di media sosial. Macam gelagat seekor kucing berwarna oren dari Korea ini yang mencuri tumpuan gara-gara nyanyiannya baru-baru ini.

Kucing yang diberi nama Benny ini tampil dengan mendendangkan lagu Cindai yang merupakan nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih setengah juta tontonan setakat ini.

@benny_cat_family

Benny sings for Malaysian fans! 😍 This song is ‘CINDAI’ 💕베니가 말레이시아 팬들을 위해 노래를 불러요! #고양이 #cat #kucing #catsoftiktok #แมว #foryou #추천 #bennyfamily

♬ 오리지널 사운드 – 베니패밀리 Benny Family – 베니패밀리 Benny Family

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing berwarna oren itu telah menyanyikan lagu yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Menurut pemiliknya, lagu itu khas ditujukan kepada para peminatnya yang berada di Malaysia.

Untuk makluman anda, Benny sememangnya popular di media sosial dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri di seluruh dunia. Gelagat comelnya ini sering menarik perhatian ramai apabila dia bijak mendengar arahan yang diberikan pemiliknya ini.

oyen

Bersempena dengan video ini, kucing itu juga siap duduk di hadapan mikrofon sambil kononnya menyanyikan lagu Cindai itu. Lebih melucukan, suaranya yang mengikut rentak lagu itu juga turut membuatkan netizen terhibur melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya ini yang sangat bijak menyanyi di mikrofon itu. Ada juga yang berseloroh kucing berwarna oren seperti ini sememangnya serba boleh dan pasti mampu melakukan apa sahaja.

“Comel lah. Ni mesti anak didik Dato Siti…”

oyen dari korea

“Part tinggi bergetar lidah kucing tu.”

kucing

“Aku dah agak dah oyen/oren memang serba boleh.”

komen

“Oyen boleh masuk idola kecil ni…”

tik tok