Owner Raja Lawak sahkan apa yang diceritakan Mamat dalam podcast adalah benar

Owner Raja Lawak sahkan apa yang diceritakan Mamat dalam podcast adalah benar

 

Michael Simon, CEO kepada Homegrown Productions yang menerbitkan rancangan Raja Lawak mengakui apa yang dikongsikan Mamat Sepah dalam podcast baru-baru ini adalah benar.

Menerusi podcast itu, Mamat mendedahkan kumpulan Sepah pada awalnya tidak terpiih namun Michael sendiri yang menghubunginya dan meminta mereka datang kembali.

Owner Raja Lawak dan penerbit rancangan, Farid, minta nombor telefon saya. Keesokan harinya, Michael Simon hubungi saya.

Dia kata dia Michael Simon yang jumpa saya semalam, dia adalah owner Raja Lawak. Kamu (bertiga) boleh tak datang.

Dalam satu temu bual, Michael mengesahkan hal itu dan berkata dia dapat lihat bakat Sepah meskipun juri tidak memberikan tiket layak kepada mereka.

Tambahnya, sebagai pihak penerbitan Michael akui telah mendesak agar Sepah dimasukkan dalam senarai peserta dalam rancangan itu kerana mereka mahukan bakat baru yang ‘raw’, bukan orang yang sudah popular.

Selepas saya tengok mereka pada sesi ujibakat, mereka memang ada bakat dan saya cakap dengan budak budak ini, mereka ni bagus. Tetapi tak ke mana.

Pada awalnya mereka tidak layak, namun ketika dalam proses untuk senarai akhir, maka saya sedaya upaya mendesak untuk mereka. Sebab mereka memang berbakat dan tengoklah sendiri, mereka menang.

Michael akui perpecahan Sepah mungkin ada kelebihan untuk mereka namun berasa ralat kerana trio itu kini sudah tiada.

Katanya, mungkin ada sinar untuk Sepah kembali bersatu apabila masing-masing sudah menurunkan ego mereka suatu hari nanti.

@inspirasiunifitv

Antara orang yang mainkan peranan penting dalam kerjaya seni pelawak-pelawak tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Nabil Ahmad, Allahyarham Yus, Tauke, Shuk Sahar, kumpulan Sepahtu & ramai lagi. Ada yang tanya, siapa yang cipta rancangan Raja Lawak, Maharaja Lawak & Maharaja Lawak Mega? Ini lah orangnya, Michael Simon. Kita dengar sikit cerita dari Michael Simon ketika kumpulan Sepah di rancangan realiti Raja Lawak. Mungkin juri atau orang lain tak nampak bakat @jepsepahtu , @shuibsepahtu & @mamatsepah , tapi alhamdulillah rezeki mereka bila boss besar Raja Lawak nampak bakat mereka ketika itu. Apa pun, kita doa yang terbaik buat mereka ya. Rindu dengan lawak Sepah! 🧡 #InspirasiUnifiTV #Sepah #sepahtureunion #sepahtu #rajalawak #maharajalawakmega

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Sebelum ini, Mamat teruk dikecam dan dituduh mereka cerita selepas Jep membuat hantaran bahawa terdapat panel di podcast yang menunggang namanya dan banyak cerita telah ditokok tambah.