“Otak tu biar berfungsi sikit” – Netizen kecam Opai buat lawak jadi orang pertama dijangkiti Monkeypox

“Otak tu biar berfungsi sikit” – Netizen kecam Opai buat lawak jadi orang pertama dijangkiti Monkeypox

 

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang menjadi tumpuan warga maya setelah dia memuat naik video ‘prank’ yang mengatakan dia dijangkiti virus  Monkey Pox.

Dalam video tersebut, Aliff yang lebih dikenali sebagai Opai itu dilihat memakai pelitup muka sebagai tanda menunjukkan dirinya tidak sihat.

Kepada sesiapa yang kenal saya dan berjumpa sejak dua tiga hari lepas ni saya sarankan anda semua pergi periksa sekiranya anda semua positif. Rasanya saya terkena monkeypox pertama di Malaysia.

Dia kemudian membuka pelitup muka tersebut lalu mengenakan ‘filter’ wajah monyet sambil ketawa terbahak-bahak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengecam tindakan Opai yang dianggap melampau dan mempermainkan isu penyakit yang semakin membimbangkan di Afrika, Thailand serta Indonesia.

Komen Aliff awang opai monkey pox