Netizen terhibur tengok lelaki tolong kucing tangkap cicak, “Siap main sekali”
Kucing selalunya cukup suka memburu haiwan-haiwan kecil di rumah seperti cicak ataupun lipas untuk dijadikan mainan mereka. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang cuba menangkap cicak yang kemudiannya siap dibantu pula oleh pemiliknya lagi.
Malah gelagat lelaki itu yang berusaha menangkap cicak itu untuk kucingnya turut mencuit hati netizen. Bukan sahaja siap membantu kucing itu malah lelaki itu juga siap bermain bersama-sama kucingnya itu dengan mengejar cicak tersebut.
@yuliarachma7 Kangen main bareng🥲
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu dilihat sedang membantu kucingnya itu menangkap seekor cicak yang berada di siling rumah. Malah lelaki itu siap memanjat di atas meja untuk menjatuhkan cicak itu di lantai bagi ditangkap.
Sebaik sahaja cicak itu berjaya dijatuhkan, lelaki itu segera berlari dan menangkapnya untuk membolehkan kucing itu bermain dengannya. Lebih melucukan, lelaki itu siap memanggil kucingnya itu seolah-olah seperti sedang memanggil kawannya.
Dalam masa yang sama, kucing itu juga segera berlari ke arah pemiliknya seperti memahami apa yang dikatakan lelaki itu. Malah pada penghujung video, kedua-dua mereka kemudian bersama-sama mengejar cicak itu yang akhirnya dilepaskan semula.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat gelagat pemilik kucing itu bermain bersama kucingnya. Ada juga netizen yang mengaku pernah melakukan perkara yang sama ketika bermain dengan kucing mereka di rumah.
“Dia boleh panggil kucing dia guna tangan macam member.”
“Aku selalu tolong jugak tapi aku tolong tunjuk je…”
“Comelnya tolong tangkap kan…”